Cara naikkan nilai rumah anda selepas renovate

“RAMAI OWNER RUMAH TIDAK TAHU ATAU TERLEPAS PANDANG MENGENAI NILAI RUMAH SELEPAS RENOVATION.”

“JIKA TIDAK DIURUS DENGAN DOKUMENTASI YANG BETUL NILAI RUMAH AKAN JATUH MEROSOT.”

KITA HARUS MENGAMBIL LANGKAH BIJAK JIKA INGIN RENOVATE RUMAH.

Kenapa saya berkata begitu..? Yelah rumah ni kan pelaburan jangka masa panjang. Kalau tak pun rumah ni kita nak duduk lama, bukan nak duduk setahun dua. Pastikan ada dokumetasi yang betul. Salah satunya jika kita buat RENOVATION atau disebut ubahsuai rumah. Pastikan pilih kontraktor yang betul, jika tidak anda hanya membuang masa tenaga dan WANG.

Pastikan kontraktor tersebut berpengalaman dan boleh memberikan pelan pembinaan dari struktur binaan, pelan lantai dan 3D design. Boleh menguruskan untuk mendapat surat kelulusan dari Majlis Perbandaran atau kita sebut sebagai PBT (Pihak Berkuasa Tempatan). 

Dengan dokumen diatas nilai hartanah/rumah anda akan mencanak naik. Jika ada pembeli ingin membeli rumah anda, pembeli tersebut pastikan tertarik dan berminat untuk membeli rumah anda dengan harga yang tinggi. Pihak bank juga amat suka dan mudah untuk meluluskan pinjaman. Lagi-lagi kalau kontraktor tersebut membuat design yang cantik, pasti pembeli lagi suka dan tak sabar nak beli rumah anda.

 

Rekaan dalaman

Rekaan dalam yang cantik juga dapat menarik minat pembeli walaupun dengan harga yang tinggi.

Biasanya design yang cantik itu datang dari perancangan yang betul antara kontraktor dan pihak tuan rumah. Pihak kontraktor akan mempersembahkan lakaran 3D terlebih dahulu pada tuan rumah. Jika tuan rumah setuju baru projek boleh dijalankan. Ini ialah ciri-ciri kontraktor yang patut kita cari. Tak adalah nanti rumah jadi caca marba. Kalau dah caca marba nilai rumah anda akan jatuh merosot.

Yang paling penting rumah dibina dengan betul mengikut specifikasi stardard binaan. Jika tidak nanti rumah crack sana, crack sini. Bocor sana, bocor sini. Yang paling teruk rumah nanti tak kukuh dan boleh roboh.

Ada kes roboh disebabkan struktur tidak kukuh, kalau ingin membaca artikel tentang struktur roboh tersebut, boleh klik link yang kami akan letak dibawah nanti.

Anda jangan terpedaya dengan individu yang menawarkan harga yang terlalu rendah, kerana kebanyak bila harga rendah pasti ada kos-kos lain yang tersembunyi apabila projek dalam pembinaan membuatkan kos/harga semakin tinggi dan kerja tidak menepati spesifikasi binaan.

Bahan dan kerja berkualiti itu harganya tidak murah. Tapi pelaburan yang anda buat pada hari ini akan menentukan nilai pada masa akan datang.

Jadi pastikan anda membuat pilihan yang bijak.

TIPS

Binaan yang kuat asalnya dari sistem yang sihat. Pastikan kontraktor yang anda lantik berdaftar pada CIDB dan mempunyai pejabat sendiri.

Follow us on

Jika berminat untuk renovate dengan kami sila klik salah satu button dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *